Friday, October 11, 2013

Beberapa Contoh Ayat dalam Bahasa Arab(BA)


Ramai pelajar Bahasa Arab(BA) lemah dalam kemahiran menulis. Salah satu sebabnya ialah kerana tidak menguasai bentuk-bentuk ayat-ayat dalam BA. Seringkali pelajar akan terikat dengan ayat-ayat ringkas yang diajar dalam pelajaran Nahu, Apabila mereka ingin membentuk ayat-ayat sendiri untuk menggambarkan suatu keadaan atau peristiwa yang sebenar, mereka akan menghadapi masalah. Artikel ini akan mengemukakan contoh-contoh ayat dalam BA untuk digunakan bagi tujuan tersebut.
Ayat-ayat BA, seperti juga bahasa-bahasa lain adalah pelbagai, malah ia sangat kaya dengan kepelbagaian bentuk, gaya dan ragam yang digunakan dalam berbagai suasana dan keadaan.  

Monday, September 23, 2013


قصَّة الناسك وابن عِرْس


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Para peminat Bahasa Arab yang dihormati, tujuan saya menurunkan video-video ini adalah untuk anda mempraktiskan kaedah belajar yang saya sebutkan dalam salah satu artikel ringkas saya dalam blog ini. Video-video ini diambil dari hikayat-hikayat Kalilah wa Dimnah, sebuah buku sastera lama karya Ibnu al Muqaffa'. Walaupun ia sebuah karya klasik, namun ia boleh dijadikan bahan pembelajaran yang berkesan. Selain dari itu, ia jua mengandungi pengajaran, nasihat dan kata-kata hikmah yang sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk diikuti supaya pelajar mendapat manfaat yang maksimum daripadanya.
 Langkah 1
     
 Saksikan video ini dua kali atau lebih dengan penuh perhatian, tidak perlu melakukan apa-apa selain mendengar.

Langkah 2
       
Saksikan video ini untuk kali yang seterusnya, dengan mencatatkan perkataan-perkataan yang tidak difahami.

Langkah 3
       
 Carikan maknanya daripada kamus, atau bertanya sesiapa yang arif. Bukan perkataan sahaja yang dicatat, malah ayat-ayat dan strutur ayat yang tidak pernah ditemui juga harus dicatat.

Langkah 4
         
Selepas setiap kali melakukan catatan, saksikan semula video.
Langkah 5
         
Setelah catatan lengkap, saksikan semula video, tetapi kali ini ia adalah untuk penghayatan. Sebanyak mana anda menontonnya sebanyak itulah penghayatan anda akan mantap. Lakukan perkara yang sama untuk video-video yang lain.

Apakah binatang yang dipanggil ابن عِرْس yang disebut dalam video di atas?  Lihat gambarnya.





  

Friday, September 20, 2013


قصّة الجُرَذُ والسِّنَّوْر


Apakah binatang yang dipanggil جُرَذ dan  سِنَّوْر ? Lihat gambar dibawah.


جُرَذ



سِنَّوْر












Tuesday, September 17, 2013

قصة الحمامة والثعلب والملك الحزين

كليلة ودمنة- قصة الحمامة والثعلب والملك الحزين




كليلة ودمنة- قصة ابن الملك والطائر فنرة