Tuesday, September 17, 2013

قصة الحمامة والثعلب والملك الحزين

كليلة ودمنة- قصة الحمامة والثعلب والملك الحزين




كليلة ودمنة- قصة ابن الملك والطائر فنرة


Friday, December 2, 2011

Beberapa Isu berkaitan Bahasa Arab

Terdapat beberapa isu yang patut diberi perhatian. Isu-isu tersebut kadang-kadang terlepas pandang oleh pelajar-pelajar mahupun mereka yang boleh dianggap mahir dalam BA. Isu-isu ini mempunyai kaitan dengan ilmu Saraf, Nahu, terjemahan dan lain-lain.
Isu pertama:
Dalam BA, kadang-kadang sesuatu kata-kerja akan menggunakan dua format saraf (الوزن الصرفي). Contohnya, katakerja (َرَجَع) digunakan dalam dua bentuk; iaitu lazim dan muta'addi. Dalam bentuk lazim , ia memberi makna 'kembali', sementara dalam bentuk muta'addi ia memberi makna 'mengembalikan'.
Namun, dalam bentuk kata-kerja melampau (muta'addi), ia menggunakan dua format; 1) فَعَلَ
2) أَفْعَلَ.
Kedua-dua format di atas memberi maksud yang sama, iaitu 'mengembalikan. Namun di dalam al-Quranul Karim, format yang digunakan ialah (فعل) sahaja. (Lihat Surah al-Mulk, ayat 3&4, Surah al-Sajdah, ayat 12, Surah al-Buruj, ayat 8) dan lain-lain lagi.
Ini bermakna bahawa َرَجَع digunakan sebagai lazim dan muta'addi. Ini adalah salah satu daripada ciri-ciri BA, iaitu satu format saraf (wazan) digunakan untuk lebih dari satu makna. Namun ramai yang terlepas pandang dalam perkara ini. Isu-isu seperti ini tidak dibincang dalam buku-buku Nahu yang khusus, tetapi boleh didapati dalam buku-buku berkaitan Linguistik. Antara buku-buku yang menyentuh perkara ini ialah 'Adabul Katib' karya Ibnu Qutaibah, Islahul Mantiq karya Ibn al-Sikkit, kitab al-Fasih karya Tha'lab dan syarah-syarahnya seperti Syarh al-Fasih karya Ibnu Hisyam al-Lakhamiy dan lain-lain seumpamanya. Kesimpulannya, al-Quran hanya menggunakan format (فعل) dan mengabaikan penggunakan format (أفعل). Untuk mendapat gambaran yang lebih luas, penulis mencadangkan pembaca merujuk Mu'jam Fahras al Quran dan lihat kata dasar (رَجَعَ).

Isu Kedua:Terjemahan perkataan 'Fitnah' (فِتْنَة)
Walaupun perkataan fitnah berasal daripada BA, namun setelah dimelayukan, perkataan tersebut tidak lagi menepati makna asalnya. Isu yang ingin diketengahkan di sini bukan dari sudut makna perkataan dalam Bahasa Malayu, kerana sesuatu perkataan asing yang menyeberangi masuk ke dalam bahasa yang lain dengan apa cara sekalipun, tentu akan mengalami sedikit sebanyak perubahan dari segi makna dan penggunaan. Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah dari segi kesalahan menterjemah perkataan ini daripada teks Arab (contohnya al-Quran atau Hadith) ke dalam Bahasa Melayu. Anihnya, ramai orang yang menterjemahkannya, dengan mudah terpengaruh dengan makna perkataan yang sudah sedia ada di dalam Bahasa Melayu. Kerana itu didapati ada orang yang memahami bahawa fitnah dalam BA adalah sama maknanya dengan makna fitnah dalam Bahasa Melayu. Ini adalah satu kesilapan. Sepatutnya, dalam hal ini, seseorang harus merujuk kepada makna sebenar perkataan dalam bahasa asal, terutama apabila perkataan ini mempunyai banyak pengertian dan hanya dapat ditentukan berdasarkan konteks ayat. Mu'jam al-'Arabiy al-Asasi, ketika menerangkan makna kata-kerja ini, (lihat فَتَنَ) telah menyebut beberapa makna, namun tidak ada satupun yang mempunyai pengertian dengan makna yang difahami dalam BM. Di antara makna-makna yang disebut ialah, menggoda, mengalih pandangan, mengazab, dan menguji. Dalam sebuah kamus Arab-Melayu, ditulis.....
Isu Ketiga: إنَّ المخففة
Penulis mengutarakan isu ini dengan tujuan mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku terutama bagi mereka yang tidak mendalami BA. Dalam Surah al-Qalam, ayat 51, Allah berfirman:
وإن يكاد الذين كفروا ليزلقونك بأبصارهم لمّا سمعوا الذكر ويقولون إِنَّه لمجنون
Terjemahannya ialah: Dan sesungguhnya orang-orang Kafir benar-benar memandangmu dengan pandangan tajam ketika mereka mendengar al-Quran, dan mereka akan berkata dia (Muhammad) adalah seorang yang gila.
Mungkin ada orang akan menterjemahkan وإِنْ (terutamanya jika terjemahan secara spontan) di awal ayat dengan "Dan jika..." Ini sudah tentu suatu kesilapan.

Thursday, August 26, 2010

امتحان شفويّ 1801 و 1081

تحدَّث عن واحد مما يأتي:

· مَدِيْنَتُكَ

· أُسْرَتُكَ

· جَامِعَتُكَ

· قَرْيَتُكَ

· بَلَدُكَ

مدينتي

أنا مِنْ مَدِيْنَةِ كوتا بارو،

مدينتي كبيرة وَوَاسَعَة،

في مدينتي مَبَانِي عَالِيَةٌ، وَمَحَلَّاتٌ تِجَارِيَّةٌ كثيرة،

شَوَارِعُ مَدِينَتِي مُزْدَحِمَةٌ بِالسيَّارات،

سُكَّانُ مَدِيْنَتِي نَشِيطُون يَعْمَلُون فِي مَجَالاتٍ مُخْتَلِفَةٍ.

أنا أُحِبُّ مَدِينتي.


أُسْرَتِي

أسْرَتِي تَسْكُنُ فِي ألور ستار،

أسْرَتِي تَتَكَوَّنُ مِنْ خَمْسَة أشْخَاصٍ، هم: أبي وأمِّي وأخِي الأكْبَرُ وَأنَا وَأخْتِي الصُّغْرَى،

ابِيْ يَعْمَلُ مُعَلِّمًا فِي المَدْرْسَةِ الثانويّة،

أمِّي رَبَّةُ البَيْتِ،

أخي الأكبر طَبِيْبٌ في مُسْتَشْفَى ألور ستار،

أنَا طَالِبٌ فِي الجَامِعَةِ الإِسْلَامِيَّةِ العَالَمِيَّة،

أختي الصُّغْرَى تَدْرُسُ فِي المَدْرَسَةِ الابْتِدَائيّة،

أنا أحِبُّ أسْرَتِي.


جَامِعَتِي

أنا طَالِبٌ في الجَامِعَةِ الإسلاميةِ العَالَمِيَّة،

جَامِعَتِي تَتَكَوَّنُ مِنْ كليّاتٍ وَمَرَاكِزَ ومَحَلاّتٍ،

طُلاَّبُ جَامِعَتِي كثيرون يَأتُونَ مِنْ بِلادٍ مُخْتَلِفَةٍ،

في جَامِعَتِي مَكْتَبَةٌ كبيرةٌ، وَمَلْعَبٌ وَاسِعٌ، وَمَطَاعِمُ كثيرةٌ،

أَسَاتِذَةِ جَامِعَتِي طَيِّبُون وَ مُجْتَهِدُون،

طُلاَّبُ جَامِعَتِي نَشِيطُون،

أنا أحبُّ جَامِعَتِي.


قَرْيَتِي

تَقَعُ قَرْيَتِي فِي تَاوَاو،

اسمُ قريتي ليكس،

قريتي بعيدةٌ عن المدينة،

في قريتي أشجارٌ وحيوانات كثيرة،

سكان قريتي فَلاَّحُون يَعْمَلُون في الحُقُول،

سُكَّانُ قريتي طَيِّبُون ونَشِيطُون،

أنا أحِبُّ قَرْيَتِي.


بَلَدِيْ

اسمُ بَلَدِي مَاليزيا،

بَلَدِي يَتَكَوَّنُ مِنْ أرْبعَ عَشَرَةَ وِلَايَةً،

نَالَ بَلَدِي اسْتِقْلَالَهَا في 31 من اوغُسْطُسْ 1957

بَلدي مَشْهُورٌ بِالأمَاكِنِ التاريخيّة والسِّيَاحِيّة

سُكَّان بلدي يتكونون مِنْ أَجْنَاسٍ مُخْتَلِفَةٍ

طَقْسُ بَلَدِي حَارٌّ وَرَطْبٌ

أنا أحبُّ بَلَدِي.


أسئلة المحادثة

ما اسمك؟ :

مِنْ أيِّ بَلَدٍ أنتَ/أنتِ؟ أنا من........

أين تسكن أسرتك؟ أسرتي تَسكن في .......

ماذا يعمل أبوكَ؟ أبي يعمل أستاذًا

ماذا تعمل أمُّكَ؟ أمي ربّة البيت

كم أخًا لكَ؟ لي أخوان

أين تدرس/تدرسين؟ أدرس في .......

ماذا تدرس/ تدرسين؟ أدرس الإنجليزيّة/ الاقتصاد/.......

متى تستيقظ من النوم؟ أستيقظ من النوم في الساعة......

في أيِّ ساعةٍ تتناول الفطور؟ أتناول الفطور في الساعة .....

أين تتناول الغداء؟ أتناول الغداء في مطعم الجامعة

ماذا تفضِّل من الطعام؟ أفضِّل الأرزّ مع الدجاج

ماذا تفضِّل من الشراب؟ أفضِّل عصير البرتقال

ما هوايتكَ؟ هوايتي القراءة

ما رياضتك؟ رياضتي كرة الريشة

متى تمارس الرياضة؟ أمارس الرياضة في المساء

ماذا تتمنَّى في المستقبل؟ أتمنّى أن أكون أستاذا في الجامعة

Saturday, July 24, 2010

Beberapa Pendekatan Baru dalam pengajaran BA

1-Pendekatan gabungan perkataan

Pendekatan ini bermaksud, murid diperkenalkan dengan perkataan dalam suatu bentuk gabungan dengan perkataan yang lain di mana ia biasanya digunakan. Contohnya, kata-kerja biasanya digabungkan dengan kata-nama di mana gabungan di antara keduanya membentuk: (Fi'l + Fa'il). Contoh kedua, kata-nama digabungkan dengan suatu kata-nama lain. Gabungan ini akan membentuk: (Mubtada' + Khabar). Jadi, semua perkataan akan digabungkan dengan perkataan yang lain yang akan membentuk satu ayat yang lengkap atau separa-lengkap.

Tujuan pendekatan ini ialah untuk memudahkan para pelajar memahami struktur ayat BA dan sekali gus membantu mereka mempraktiskannya.

Apa yang diperlukan oleh para pelajar sebelum didedahkan dengan pendekatan ini ialah mereka harus faham jenis-jenis perkataan dan dapat membezakannya. Contohnya, pelajar dapat membezakan di antara kata-kerja, kata-nama dan kata-sendi dan lain-lain.

Pendekatan ini juga memudahkan guru untuk menyediakan latihan kepada murid-murid. Ia boleh menjadi asas kepada pembinaan ayat.

Pendekatan ini tidak akan menyebabkan pelajar tenggelam dalam istilah-istilah yang kadang-kadang mengelirukan. Pendekatan ini adalah sejajar dengan konsep al-Nahw al-Wazifiy yang menekankan kepada penggunaan bahasa.

Bagi membantu pelajar membezakan jenis-jenis perkataan serta fungsinya, suatu pendekatan baru mungkin diperlukan. Sebagai contoh, katanama mungkin dipecahkan kepada beberapa pecahan lain seperti, katanama, katagantinama, katasifat, katanama terbitan dan lain-lain sambil menerangkan fungsi masing-masing secara praktikal.